Majlis Menandatangani Memorundum Persefahaman Antara Dewan Perdagangan Islam Malaysia Dengan International Institute Of Islamic Waqf, Dubai.

Print

 

KUALA LUMPUR 24 September 2011 - Pengalaman International Institute of Islamic Waqaf (IIIW) Dewan Perdagangan Islam Malaysia dalam institusi waqaf bakal dimanfaatkan bersama oleh masyarakat Islam tempatan serta Timur Tengah. Perkara ini dapat dilakukan ekoran pementeraian memorandum persefahaman (MoU) diantara Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) bersama International Institute of Islamic Waqf (IIIW) yang berpusat di Dubai, UAE.


Majlis pertukaran dokumen MoU ini disempurnakan di Ibu Pejabat DPIM Bukit Damansara di sini telah menyaksikan perjanjian antara Muhammad Sahar Mat Din selaku Setiausaha Agung DPIM yang mewakili DPIM, Prof. Madya Dr. Sami Salahat, mewakili International Institute of Islamic Waqf, serta Tan Sri Muhammad Ali Hashim selaku Pengasas dan Pengerusi Waqaf An-Nur.


Memorandum ini adalah bertujuan dalam mencari perangkaan yang sesuai melalui kerjasama antara kedua-dua institusi dan Pengasas WANCorp terutamanya dalam bidang waqaf, modal insan dan intelektual, pembangunan masyarakat serta pembangunan institusi. Persetujuan ini turut mempertimbangkan kerjasama serta penyelarasan dalam bidang bimbingan, pembangunan sosial, pendidikan dan budaya bagi masyarakat Islam secara amnya.

 

 

Perjanjian ini diharapkan dapat memajukan institusi waqaf di Malaysia mahupun Timur Tengah dalam bidang penyelidikan sains sosial, budaya dan informasi dalam topik penyelidakan golongan minoriti dan anak-anak yatim disamping mencari penyelesaian praktikal mengikut Syariah Islam serta mematuhi kehendak budaya kedua-dua pihak.

Penguna ditalian

We have 17 guests and no members online

Hakcipta

Copyright © 2012 Dewan Perdagangan Islam Malaysia. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.
Designed by Free Joomla Templates