Majlis Pelancaran "RAKAN JIHAD BISNES" Peringkat Kebangsaan

Print

 

28 Januari 2012, Hotel Laman Seri, Sekyen 13, Shah Alam.


Ibu Pejabat DPIM dengan kerjasama DPIM Johor telah menganjurkan satu program dipanggil “Rakan Jihad Bisnes”(RJB) yang mana ia adalah satu program organisasi rangkaian bisnes sesama ahli, yang bersistematik dan berstruktur. Ia menggabungkan konsep jemaah,  semangat tolong menolong, disiplin dan urusniaga yang menepati syariah (Yadul Ulya & Qhardul Hasan). Program yang telah berjalan selama kira-kira 86 minggu di bawah naungan DPIM Johor telah berjaya menjana urusniaga bernilai RM15 juta di kalangan para perserta.


Program yang telah diadakan di Hotel Laman Seri ini telah dihadiri seramai 80 orang ahli DPIM yang menggabungkan wakil-wakil DPIM negeri-negeri seluruh Malaysia yang juga telah disempurnakan serta dirasmikan oleh YBhg Tan Sri Muhammad Ali Hashim Timbalan Presiden DPIM merangkap Pengerusi DPIM Johor. Manakala sessi taklimat telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi DPIM Johor, En Saypol Anwar Mohd Aini disusuli dengan sessi simulasi yang turut disertai oleh 20 orang perwakilan DPIM Johor.

 

Penguna ditalian

We have 7 guests and no members online

Hakcipta

Copyright © 2012 Dewan Perdagangan Islam Malaysia. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.
Designed by Free Joomla Templates