Seminar Kepenggunaan Halal Malaysia Negeri Sarawak 2011

Print

STANDARDS MALAYSIA, dengan kerjasama Majlis Islam Sarawak, Jabatan Ketua Menteri Sarawak, Dewan Perdagangan Islam Sarawak dan Institut Pembangunan Pengurusan Johor telah mengadakan Seminar Kepenggunaan Halal Malaysia Negeri Sarawak 2011 bertempat di Merdeka Palace Hotel, Kuching, Sarawak pada 17-18 Disember 2011 (21-22 Muharram 1433h)

 

Setiausaha Agung DPIM, Hj Muhammad Sahar Mat Din telah dijemput sebagai moderator bagi slot Seminar Kepenggunan Halal Malaysia yang telah dihadiri seramai 200 orang peserta dari pelbagai golongan di dalam rangkaian "food supply chain" antaranya usahawan, pengeluar, pembekal dan pengguna di dalam industri halal.

 

Objektif utama penganjuran seminar ini antaranya adalah:

 

1.Meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat umum mengenai industri halal

 

2. Mengenengahkan peluang yang sedia ada di dalam industri halal dalam pelbagai aspek iaitu perniagaan, perkhidmatan serta peluang pekerjaan.

 

3. Memanfaatkan insentif yang disediakan oleh kerajaan dalam pembangunan industri halal.

 

4. Menyediakan platform kepada usahawan dan EKS untuk meneroka peluang bisnes dalam industri halal dengan mewujudkan jaringan dan membuka peluang pasaran

 

5. Sebagai satu platform kepada usahawan, EKS dan masyarakat umum untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan industri halal.

 

Penguna ditalian

We have 10 guests and no members online

Hakcipta

Copyright © 2012 Dewan Perdagangan Islam Malaysia. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.
Designed by Free Joomla Templates