Info Halal

Print

Info Halal

Konsep Halal & Toyyiban merangkumi

pematuhan kepada undang-undang

Syariah dan keperluan kepada produk yang

baik.  Pengguna kini lebih peka dan prihatin terhadap keselamatan, kualiti, komposisi dan pengesahan produk dan perkhidmatan yang digunakan. 

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan

persoalan sejauh mana ayam yang diternak di Malaysia bebas daripada diberi

makanan mengandungi enzim tidak halal

terutamanya babi.  Berikutan dengan itu,

JAKIM telah menubuhkan Jawatankuasa

Tindakan Khas Mengenai Isu Enzim Babi

Dalam Makanan Ayam September lalu yang

dianggotai oleh Jabatan Perkhidmatan

Haiwan, JAKIM, USM, Jabatan Kimia,

Kementerian Kesihatan dan Institut

Penyelidikan Produk Halal (IPPH).  IPPH

juga telah diberi kepercayaan untuk mempengerusikan Jawatankuasa Khas ini.

Makmal-makmal yang menganggotai

Jawatankuasa Khas ini sedang giat

menjalankan analisis untuk mengenalpasti

kehadiran bahan dari sumber babi dalam

makanan ayam dan sampel daging ayam

sebagaimana yang didakwa.

Dalam pada itu, merealisasikan kedudukannya sebagai pusat rujukan terunggul

dalam bidang yang berkaitan dengan

produk halal dan seterusnya menyokong

usaha kerajaan dalam rancangan Malaysia

ke – 9, IPPH akan memberi penekanan

pada teras strategik Pelan Induk Perindustrian ke-3 (IMP3) dan memberikan suntikan usaha meningkatkan R&D dalam

pembangunan produk dan proses termasuk

menyelidik dan membangunkan teknik-

teknik baru untuk pengesahan produk

halal.Perancangan halatuju IPPH digarap

sejajar dengan pengiktirafan kepada UPM

sebagai Universiti Penyelidikan dan juga

IMP3.  Malaysia dijangka akan menjadi

pusat produksi dan pengedaran produk

dan perkhidmatan halal, rujukan  Standard Halal dan juga R&D berkaitan halal.

Perbadanan Pembangunan Industri Halal

(HDC) yang baru ditubuhkan pula telah

melantik IPPH sebagai jururunding untuk

membangunkan modul latihan  Refresher

Course for Halal Consultants yang akan

ditawarkan mulai Jun 2008.

Dalam perkembangan terbaru, JAKIM dan

HDC juga akan menandatangani MoU

dengan IPPH untuk menjalinkan kerjasama

dalam bidang berkaitan halal.  Selain itu,

IPPH juga membantu pihak berkuasa

terbabit dalam proses pensijilan halal dan

formulasi polisi dan pengurusan produk

halal.

Diharap Info Halal ini dapat dijadikan

wadah untuk menyampaikan informasi dan

juga untuk membuka jalinan kerjasama

dengan semua pihak yang prihatin terhadap kepentingan dan pembangunan industri halal khususnya.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Penguna ditalian

We have 5 guests and no members online

Hakcipta

Copyright © 2012 Dewan Perdagangan Islam Malaysia. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.
Designed by Free Joomla Templates