EPISOD KE 17 : 07 SEPTEMBER 2009, ISNIN


Tetamu :

YBhg Datuk Ismee Ismail

Pengarah Urusan Kumpulan &
Ketua Pegawai Eksekutif

Lembaga Tabung Haji

 

Sinopsis :



Memaparkan tanggungjawab sosial korporat Lembaga Tabung Haji yang terpanggil untuk membela nasib golongan miskin daripada terus dibelenggu oleh kesempitan hidup sekaligus menarik mereka keluar daripada kepompong kemiskinan. Di bawah Program Perintis Projek Perumahan Lembaga Tabung Haji, seramai 12 keluarga miskin yang tinggal di sekitar Kuala Besut, Terengganu menerima rumah tiga bilik bernilai 25 ribu ringgit Malaysia setiap satu. Bagaikan bermimpi, kesemua keluarga nelayan ini memanjat syukur kepada Yang Maha Esa apabila teratak buruk bertukar menjadi rumah yang sempurna. Pemberian rumah percuma ini telah memberi semangat untuk mereka berusaha gigih meningkatkan ekonomi demi masa depan keluarga.




Jangan ketinggalan, saksikan bagaimana Lembaga Tabung Haji membantu mereka yang memerlukan di dalam Tijarah Ramadan jam 6.10 petang di TV 1

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Ringankan beban mereka. Mereka juga ingin bergembira menyambut Aidil Fitri.
Sambil menonton, bantulah seikhlas hati.

-SELAMAT MENONTON DAN HULURKAN SUMBANGAN SEIKHLAS HATI -

Tijarah Ramadan adalah program televisyen terbitan J ohor Corporation dengan kerjasama Biro Korporat, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Program Tijarah Ramadan memberi peluang kepada syarikat-syarikat atau organisasi bisnes memaparkan aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan yang dilaksanakan. Program ini diharap dapat mengenengah dan menggalakkan pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat organisasi kepada golongan yang memerlukan. Melalui program Tijarah Ramadan juga, golongan yang susah dan kurang upaya dapat dibantu dan diringankan beban serta penderitaan yang dialami mereka, khususnya di dalam keadaan seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan Hari Raya Aidil Fitri.

 

 
Copyright 2007 - 2008 © Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) - webmaster@dpim.com.my All rights reserved.