EPISOD KE 16 : 06 SEPTEMBER 2009, AHAD


Tetamu :

Tuan Hj Rozan Mohd Saat

Pengarah Urusan
Sindora Berhad


Sinopsis :


..... Memaparkan kehidupan sukar yang dilalui oleh Puan Rohana Ali , 43 tahun, ibu tunggal 4 orang anak dari Segamat Johor. Menjadi ketua keluarga, setiap hari dari awal pagi hingga lewat petang, Puan Rohana tidak berhenti mencari rezeki. Punca pendapatan tetap hanyalah membuat kuih dan dijual di pasar. Itupun pada ketika beliau sihat kerana dengan penyakit kencing manis yang dihidapinya, tidak memungkinkan beliau untuk membuat kerja-kerja lain. Hasil jualan kuih sebanyak RM14-RM15 yang diperolehi itulah digunakan berdikit-dikit setiap hari. Sayu hatinya melihat anak-anak ke sekolah tidak sempurna seperti orang lain...Tetapi apakan daya, tiada tempat untuk beliau berpaling....

Jangan ketinggalan, saksikan bagaimana Lembaga Tabung Haji membantu mereka yang memerlukan di dalam Tijarah Ramadan jam 6.10 petang di TV 1

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Ringankan beban mereka. Mereka juga ingin bergembira menyambut Aidil Fitri.
Sambil menonton, bantulah seikhlas hati.



-SELAMAT MENONTON DAN HULURKAN SUMBANGAN SEIKHLAS HATI -

Tijarah Ramadan adalah program televisyen terbitan J ohor Corporation dengan kerjasama Biro Korporat, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Program Tijarah Ramadan memberi peluang kepada syarikat-syarikat atau organisasi bisnes memaparkan aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan yang dilaksanakan. Program ini diharap dapat mengenengah dan menggalakkan pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat organisasi kepada golongan yang memerlukan. Melalui program Tijarah Ramadan juga, golongan yang susah dan kurang upaya dapat dibantu dan diringankan beban serta penderitaan yang dialami mereka, khususnya di dalam keadaan seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan Hari Raya Aidil Fitri.

 

 
Copyright 2007 - 2008 © Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) - webmaster@dpim.com.my All rights reserved.