EPISOD KE 15 : 05 SEPTEMBER 2009, SABTU


Tetamu :

Encik Ahmad Zaki Hj Abd Rashid

Ketua ( Hal Ehwal Kerajaan & Komuniti )
Jabatan Komunikasi Korporat
Tenaga Nasional Berhad


Sinopsis :


....Biarpun telah dimamah usia 60 tahun, namun ibu tunggal yang bernama Puan Hashimah Kasim ini masih lagi memerah keringat demi meneruskan kehidupan senjanya. Mencari sesuap nasi bermula di hujung petang dan berakhir sehingga lewat malam, itulah rutin yang perlu diharungi oleh Puan Hashimah sejak 13 tahun yang lalu. Pun begitu, pulangan sebagai pembawa perahu penambang masih tidak mencukupi kerana jumlah pendapatan yang diraih, bergantung sepenuhnya kepada jumlah pelancong yang berkunjung ke Pusat Kelip-Kelip Kampung Kuantan, Selangor. Desakan hidup dan demi kasih sayang kepada anak-anaknya seramai 5 orang, menyebabkan ibu tunggal ini tidak pernah kenal erti penat. Setiap waktu terluang, diisi sebaik mungkin untuk mencari rezeki mengambil upah apa sahaja yang terdaya walaupun nilaian yang dituai daripada sekeping atap nipah yang disemat hanyalah 60 sen sahaja. .....



Jangan ketinggalan, saksikan bagaimana Lembaga Tabung Haji membantu mereka yang memerlukan di dalam Tijarah Ramadan jam 6.10 petang di TV 1

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Ringankan beban mereka. Mereka juga ingin bergembira menyambut Aidil Fitri.
Sambil menonton, bantulah seikhlas hati.



-SELAMAT MENONTON DAN HULURKAN SUMBANGAN SEIKHLAS HATI -

Tijarah Ramadan adalah program televisyen terbitan J ohor Corporation dengan kerjasama Biro Korporat, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Program Tijarah Ramadan memberi peluang kepada syarikat-syarikat atau organisasi bisnes memaparkan aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan yang dilaksanakan. Program ini diharap dapat mengenengah dan menggalakkan pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat organisasi kepada golongan yang memerlukan. Melalui program Tijarah Ramadan juga, golongan yang susah dan kurang upaya dapat dibantu dan diringankan beban serta penderitaan yang dialami mereka, khususnya di dalam keadaan seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan Hari Raya Aidil Fitri.

 

 
Copyright 2007 - 2008 © Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) - webmaster@dpim.com.my All rights reserved.