EPISOD KE 14 : 04 SEPTEMBER 2009, JUMAAT
Tetamu :
Tuan Haji Aidi Munawar Ahmad Shukri
Timbalan Pengurus Besar ( Pengurusan )
Lembaga Zakat Selangor
Sinopsis :
... Puan Noraini Sabron , ibu tunggal kepada 8 orang anak ini, sentiasa meletakkan pengalaman silamnya sebagai pembakar semangat untuk beliau terus bangun membela nasib anak-anak. Suaminya meninggal dengan tiada harta yang boleh dijadikan sandaran melainkan sebuah kedai yang terbengkalai. Di dalam kegelapan mencari-cari arah hidup bersama anak-anak, Lembaga Zakat Selangor datang memberi harapan. Berbekalkan wang zakat yang diterima, Puan Noraini bertatih untuk mengusahakan kedai dengan penuh semangat. Walaupun ada masanya dia goyah… ada ketikanya hampir rebah, tetapi beliau tidak pernah kenal putus asa...
Jangan ketinggalan, saksikan bagaimana Lembaga Tabung Haji membantu mereka yang memerlukan di dalam Tijarah Ramadan jam 6.10 petang di TV 1
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Ringankan beban mereka. Mereka juga ingin bergembira menyambut Aidil Fitri.
Sambil menonton, bantulah seikhlas hati.
-SELAMAT MENONTON DAN HULURKAN SUMBANGAN SEIKHLAS HATI -
Tijarah Ramadan adalah program televisyen terbitan J ohor Corporation dengan kerjasama Biro Korporat, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Program Tijarah Ramadan memberi peluang kepada syarikat-syarikat atau organisasi bisnes memaparkan aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan yang dilaksanakan. Program ini diharap dapat mengenengah dan menggalakkan pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat organisasi kepada golongan yang memerlukan. Melalui program Tijarah Ramadan juga, golongan yang susah dan kurang upaya dapat dibantu dan diringankan beban serta penderitaan yang dialami mereka, khususnya di dalam keadaan seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan Hari Raya Aidil Fitri.


