EPISOD KE 13 : 03 SEPTEMBER 2009, KHAMIS


Tetamu :

Tuan Haji Ahamad Mohamad

Pengarah Urusan
Kulim (Malaysia) Berhad


Sinopsis :


......Memaparkan kesempitan hidup yang dilalui oleh keluarga Puan Kalsom Abdul Rahman, 48 tahun dan juga Puan Salmah Yusof di Tanjung Sedeli, Kota Tinggi Johor. Teratak usang yang didiami oleh keluarga Puan Kalsom begitu uzur dan hampir rebah ke bumi. Hidup sekadar kais pagi makan pagi, pasangan yang mempunyai 8 orang anak ini tidak pernah kenal erti senang. Apalah yang boleh diharapkan dengan pendapatan suaminya, Encik Sulaiman yang hanya bekerja kampung dan gaji bulan Puan Kalsom sebagai operator pengeluaran....

..... Puan Salmah Yusof, 43 tahun dan suami, Encik Hafiz Idris juga berkongsi kesusahan hidup yang menyentuh hati. Rumah yang didiami milik orang dan seorang dari anaknya, Adik Norasyikin pula disahkan menghidap penyakit buah pinggang. Puan Salmah sendiri tidak sihat akibat penyakit darah tinggi, kencing manis dan jantung yang dihidapinya....


Jangan ketinggalan, saksikan bagaimana Lembaga Tabung Haji membantu mereka yang memerlukan di dalam Tijarah Ramadan jam 6.10 petang di TV 1

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Ringankan beban mereka. Mereka juga ingin bergembira menyambut Aidil Fitri.
Sambil menonton, bantulah seikhlas hati.



-SELAMAT MENONTON DAN HULURKAN SUMBANGAN SEIKHLAS HATI -

Tijarah Ramadan adalah program televisyen terbitan J ohor Corporation dengan kerjasama Biro Korporat, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Program Tijarah Ramadan memberi peluang kepada syarikat-syarikat atau organisasi bisnes memaparkan aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan yang dilaksanakan. Program ini diharap dapat mengenengah dan menggalakkan pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat organisasi kepada golongan yang memerlukan. Melalui program Tijarah Ramadan juga, golongan yang susah dan kurang upaya dapat dibantu dan diringankan beban serta penderitaan yang dialami mereka, khususnya di dalam keadaan seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan Hari Raya Aidil Fitri.

 

 
Copyright 2007 - 2008 © Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) - webmaster@dpim.com.my All rights reserved.