EPISOD KE 12 : 02 SEPTEMBER 2009, RABU
Tetamu :
Tuan Haji Abd Rahman Sulaiman
Ketua Pegawai Operasi
NATURAL OLEOCHEMICALS SDN BHD
Sinopsis :
.. ....Saksikan ketabahan Encik Kumarabalan a/l Thomas, 39 tahun dari Taman Kota Masai Pasir Gudang, Johor mengharungi hari-hari yang suram, setelah disahkan buah pinggangnya gagal berfungsi seperti biasa. Demi meneruskan kehidupan, Encik Kumarabalan tiada pilihan. Bermula April 2008, Encik Kumarabalan terpaksa akur kepada jadual rawatan hemodialisis yang perlu dilaluinya 3 kali seminggu. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, Encik Kumarabalan kesempitan sumber kewangan kerana rawatan dialisis menelan belanja yang besar....
Jangan ketinggalan, saksikan bagaimana Lembaga Tabung Haji membantu mereka yang memerlukan di dalam Tijarah Ramadan jam 6.10 petang di TV 1
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Ringankan beban mereka. Mereka juga ingin bergembira menyambut Aidil Fitri.
Sambil menonton, bantulah seikhlas hati.
-SELAMAT MENONTON DAN HULURKAN SUMBANGAN SEIKHLAS HATI -
Tijarah Ramadan adalah program televisyen terbitan J ohor Corporation dengan kerjasama Biro Korporat, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Program Tijarah Ramadan memberi peluang kepada syarikat-syarikat atau organisasi bisnes memaparkan aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan yang dilaksanakan. Program ini diharap dapat mengenengah dan menggalakkan pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat organisasi kepada golongan yang memerlukan. Melalui program Tijarah Ramadan juga, golongan yang susah dan kurang upaya dapat dibantu dan diringankan beban serta penderitaan yang dialami mereka, khususnya di dalam keadaan seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan Hari Raya Aidil Fitri.


