EPISOD KE 11 : 01 SEPTEMBER 2009, SELASA
Tetamu :
Encik Mohd Razif Abd Rahim
Pengurus Besar Johor Land Berhad
Sinopsis :
... Menghidap penyakit angin ahmar sejak 15 tahun lalu ditambah pula dengan penyakit darah tinggi telah memberi kesan besar kepada kehidupan Encik Abd Aziz Morsid 68 tahun dari Kampung Sg Tiram Ulu Tiram, Johor. Kesan dari penyakit tersebut semakin hari tubuh badannya semakin lemah dan pergerakan juga agak terbatas. Beliau tidak boleh berjalan dengan sempurna dan sejak sakit jugalah Encik Abd Aziz tidak lagi bekerja. Mujurlah mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300.00 setiap bulan. Dengan bantuan itulah En cik Abd Aziz bersama isteri dan 3 orang anaknya (yang sulung 18 tahun- sedang mencari pekerjaan, 2 orang lagi masih bersekolah -14 & 12 tahun ) meneruskan kehidupan. Bagi menambah sedikit pendapatan, isterinya membuat jualan kecil-kecilan di rumah. Memahami kesusahan yang dilalui oleh ibu dan bapa, kedua-dua anaknya yang masih bersekolah menerima kehidupan mereka seadanya dengan redha...
Jangan ketinggalan, saksikan bagaimana Lembaga Tabung Haji membantu mereka yang memerlukan di dalam Tijarah Ramadan jam 6.10 petang di TV 1
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Ringankan beban mereka. Mereka juga ingin bergembira menyambut Aidil Fitri.
Sambil menonton, bantulah seikhlas hati.
-SELAMAT MENONTON DAN HULURKAN SUMBANGAN SEIKHLAS HATI -
Tijarah Ramadan adalah program televisyen terbitan J ohor Corporation dengan kerjasama Biro Korporat, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Program Tijarah Ramadan memberi peluang kepada syarikat-syarikat atau organisasi bisnes memaparkan aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan yang dilaksanakan. Program ini diharap dapat mengenengah dan menggalakkan pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat organisasi kepada golongan yang memerlukan. Melalui program Tijarah Ramadan juga, golongan yang susah dan kurang upaya dapat dibantu dan diringankan beban serta penderitaan yang dialami mereka, khususnya di dalam keadaan seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan Hari Raya Aidil Fitri.


