EPISOD KE 09 : 30 OGOS 2009, AHAD
Tetamu :
Tuan Hj Rozan Mohd Saat
Pengarah Urusan Sindora Berhad
Sinopsis :
..Kisah Puan Hawa Ismail dari Kampung Pengkalan Kota, Bukit Kepong Johor. Jalan hidupnya penuh dengan cerita duka namun beliau tidak pernah beralah dengan nasib yang tersurat. Ditinggalkan suami hanya setelah beberapa hari melangsungkan perkahwinan menjadi memori pahit dalam hidupnya. Sehingga kini, Puan Hawa rela menyendiri di rumah usang dan menumpang kasih dengan anak saudaranya, Mohd Rani yang berusia 15 tahun. Mencari sesuap nasi dengan menoreh getah, Puan Hawa cekal menempuh kehidupan..
Jangan ketinggalan, saksikan bagaimana Lembaga Tabung Haji membantu mereka yang memerlukan di dalam Tijarah Ramadan jam 6.10 petang di TV 1
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Ringankan beban mereka. Mereka juga ingin bergembira menyambut Aidil Fitri.
Sambil menonton, bantulah seikhlas hati.
-SELAMAT MENONTON DAN HULURKAN SUMBANGAN SEIKHLAS HATI -
Tijarah Ramadan adalah program televisyen terbitan J ohor Corporation dengan kerjasama Biro Korporat, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Program Tijarah Ramadan memberi peluang kepada syarikat-syarikat atau organisasi bisnes memaparkan aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan yang dilaksanakan. Program ini diharap dapat mengenengah dan menggalakkan pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat organisasi kepada golongan yang memerlukan. Melalui program Tijarah Ramadan juga, golongan yang susah dan kurang upaya dapat dibantu dan diringankan beban serta penderitaan yang dialami mereka, khususnya di dalam keadaan seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan Hari Raya Aidil Fitri.


