EPISOD KE 08 : 29 OGOS 2009, SABTU
Tetamu :
Encik Mohd Sahir Rahmat
Pengurus Besar Kumpulan KPJ Healthcare Bhd
Sinopsis :
..Puan Siti Anisah Jailani ( 47 tahun ) dari Kampung Sungai Gulang, Rengit Batu Pahat, Johor telah menghidap kencing manis sejak tahun 1995. Kesan dari penyakit kencing manis tersebut kaki kiri beliau terpaksa dipotong. Jari-jari di kaki kanan juga mengalami nasib yang sama. Pergerakan menjadi terbatas dan segala-galanya perlu dibantu. Walaupun redha dengan ketentuan Yang Maha Esa, hati mana yang tidak hiba apabila anggota diri tidak lagi sempurna..
Jangan ketinggalan, saksikan bagaimana Lembaga Tabung Haji membantu mereka yang memerlukan di dalam Tijarah Ramadan jam 6.10 petang di TV 1
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Ringankan beban mereka. Mereka juga ingin bergembira menyambut Aidil Fitri.
Sambil menonton, bantulah seikhlas hati.
-SELAMAT MENONTON DAN HULURKAN SUMBANGAN SEIKHLAS HATI -
Tijarah Ramadan adalah program televisyen terbitan J ohor Corporation dengan kerjasama Biro Korporat, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Program Tijarah Ramadan memberi peluang kepada syarikat-syarikat atau organisasi bisnes memaparkan aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan yang dilaksanakan. Program ini diharap dapat mengenengah dan menggalakkan pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat organisasi kepada golongan yang memerlukan. Melalui program Tijarah Ramadan juga, golongan yang susah dan kurang upaya dapat dibantu dan diringankan beban serta penderitaan yang dialami mereka, khususnya di dalam keadaan seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan Hari Raya Aidil Fitri.


