EPISOD KE 07 : 28 OGOS 2009, JUMAAT


Tetamu :

YB Dato' Hj Zainal Abidin Hj Osman

Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor


Sinopsis :


... Sudah lama Encik Abdul Aziz Mohamad mengimpikan sebuah rumah yang sempurna untuk berteduh dan memberi keselesaan kepada anak-anak. Namun apalah kemampuan yang ada pada beliau, seorang nelayan kecil di pantai Penyabong Mersing, Johor. Hidup hanya bergantung harap kepada hasil laut. Untung batu tenggelam, untung sabut timbul. Kekangan inilah menyebabkan Encik Abdul Aziz sekeluarga terus tinggal di pondok usang ini. Doa beliau seisi keluarga, agar pondok tidak ranap dipukul angin kencang...


Jangan ketinggalan, saksikan bagaimana Lembaga Tabung Haji membantu mereka yang memerlukan di dalam Tijarah Ramadan jam 6.10 petang di TV 1

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Ringankan beban mereka. Mereka juga ingin bergembira menyambut Aidil Fitri.
Sambil menonton, bantulah seikhlas hati.



-SELAMAT MENONTON DAN HULURKAN SUMBANGAN SEIKHLAS HATI -

Tijarah Ramadan adalah program televisyen terbitan J ohor Corporation dengan kerjasama Biro Korporat, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Program Tijarah Ramadan memberi peluang kepada syarikat-syarikat atau organisasi bisnes memaparkan aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan yang dilaksanakan. Program ini diharap dapat mengenengah dan menggalakkan pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat organisasi kepada golongan yang memerlukan. Melalui program Tijarah Ramadan juga, golongan yang susah dan kurang upaya dapat dibantu dan diringankan beban serta penderitaan yang dialami mereka, khususnya di dalam keadaan seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan Hari Raya Aidil Fitri.

 

 
Copyright 2007 - 2008 © Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) - webmaster@dpim.com.my All rights reserved.