EPISOD KE 05 : 26 OGOS 2009, RABU


Tetamu :

Tuan Hj Lukman Hj Abu Bakar

Yang DiPertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang


Sinopsis :


...... Encik Muniandy a/l Appalasamy 51 tahun, dari Taman Pasir Putih Pasir Gudang menghidap penyakit kencing manis yang ditanggung selama 10 tahun menyebabkan kaki kanannya terpaksa dipotong. Sudah jatuh ditimpa tangga, dengan keadaan diri yang telah kekurangan Encik Muniandy hilang punca pendapatan. Beliau tidak lagi dapat meneruskan kerjanya sebagai pemandu bas bagi menanggung isteri dan anak-anak seramai 5 orang. Rumah yang didiaminya juga akan dilelong bila-bila masa. Walaupun melalui hari-hari yang sukar, Encik Muniandy tidak berputus asa bahkan memasang cita-cita untuk berniaga kecil-kecilan. Mujurlah di dalam kesempitan tersebut, ada pihak yang ingin membantu. Sudah lumrah hidup- memberi kekuatan kepada yang lemah dan berbuat baik sesama manusia....

Jangan ketinggalan, saksikan bagaimana Lembaga Tabung Haji membantu mereka yang memerlukan di dalam Tijarah Ramadan jam 6.10 petang di TV 1

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Ringankan beban mereka. Mereka juga ingin bergembira menyambut Aidil Fitri.
Sambil menonton, bantulah seikhlas hati.



-SELAMAT MENONTON DAN HULURKAN SUMBANGAN SEIKHLAS HATI -

Tijarah Ramadan adalah program televisyen terbitan J ohor Corporation dengan kerjasama Biro Korporat, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Program Tijarah Ramadan memberi peluang kepada syarikat-syarikat atau organisasi bisnes memaparkan aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan yang dilaksanakan. Program ini diharap dapat mengenengah dan menggalakkan pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat organisasi kepada golongan yang memerlukan. Melalui program Tijarah Ramadan juga, golongan yang susah dan kurang upaya dapat dibantu dan diringankan beban serta penderitaan yang dialami mereka, khususnya di dalam keadaan seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan Hari Raya Aidil Fitri.

 

 
Copyright 2007 - 2008 © Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) - webmaster@dpim.com.my All rights reserved.