EPISOD KE 04 : 25 OGOS 2009, SELASA
Tetamu :
YBhg Dato' Dr Hj Abdul Latif Awang
Naib Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia ( DPIM ) /
Pengerusi DPIM Caw. Negeri Terengganu
Sinopsis :
......Mengisahkan kegigihan Puan Hasmah Abdullah, seorang ibu tunggal dan saudara baru yang terpaksa mengerah kudrat hawanya sebagai penoreh getah demi mencari sesuap nasi untuk membesarkan 3 orang anak. Berbekalkan pendapatan RM70 seminggu, Puan Hasmah berdikit-dikit menampung perbelanjaan keluarga sehingga ada kalanya terpaksa menebalkan muka meraih simpati untuk berhutang bagi mendapatkan barangan dapur. Biar dihimpit kesusahan, Puan Hasmah tetap cekal melalui ujian hidup. Syahadah yang dilafazkan menjadi obor semangat dan pengikat kasih sayang antara beliau dan anak-anaknya......
Jangan ketinggalan, saksikan bagaimana Lembaga Tabung Haji membantu mereka yang memerlukan di dalam Tijarah Ramadan jam 6.10 petang di TV 1
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Ringankan beban mereka. Mereka juga ingin bergembira menyambut Aidil Fitri.
Sambil menonton, bantulah seikhlas hati.
-SELAMAT MENONTON DAN HULURKAN SUMBANGAN SEIKHLAS HATI -
Tijarah Ramadan adalah program televisyen terbitan J ohor Corporation dengan kerjasama Biro Korporat, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Program Tijarah Ramadan memberi peluang kepada syarikat-syarikat atau organisasi bisnes memaparkan aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan yang dilaksanakan. Program ini diharap dapat mengenengah dan menggalakkan pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat organisasi kepada golongan yang memerlukan. Melalui program Tijarah Ramadan juga, golongan yang susah dan kurang upaya dapat dibantu dan diringankan beban serta penderitaan yang dialami mereka, khususnya di dalam keadaan seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan Hari Raya Aidil Fitri.


