5.1 - Ahli-ahli Dewan adalah terdiri daripada Ahli Biasa. Ahli Bersekutu, Ahli Bergabung, Ahli Kehormat dan Ahli Seumur Hidup.
5.2 - Ahli Biasa adalah :
5.2.1 - Umat Islam yang menjalankan perniagaan sebagai tuan punya tunggal atau tuan punya bersama di dalam satu firma yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 di Semenanjung Tanah Melayu atau Sabah atau Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan. Jika ianya merupakan perniagaan bersama, semua rakan kongsi yang lain dalam firma tersebut mestilah juga terdiri dari umat Islam. Seseorang yang memohon untuk menjadi ahli mengikut peruntukan fasal ini hendaklah mendaftar dengan menggunakan nama syarikatnya.
Untuk tujuan itu beliau perlulah mendapat kebenaran daripada rakan-rakan kongsi yang lain membenarkan beliau bertindak sebagai penama bagi syarikat tersebut, dengan syarat bahawa jika sekiranya Pendaftaran Perniagaan bagi firma ataupun syarikat tersebut dibatal; atau terbatal; atau namanya telah digugurkan daripada syarikat tersebut, maka keahliannya akan gugur dengan sendirinya.
5.2.2 - Umat Islam yang menjalankan perniagaan di Malaysia yang dilesenkan oleh Kerajaan Persekutuan Negeri alau tempatan di Malaysia atau mana-mana pihak yang berkuasa di Malaysia .
5.2.3 - Umat Islam berdaftar dengan sesuatu badan profesional yang diiktirafkan oleh kerajaan Malaysia .
5.2.4 - Syarikat Perniagaan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan dimiliki seratus peratus (100%) oleh samada Kerajaan Malaysia ataupun dengan Kerajaan Negeri dengan syarat bahawa Majlis Tertinggi Dewan hendaklah diberi kuasa menentukan stalus syarikat ini dari masa ke semasa.
5.2.5 - Syarikat Perniagaan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 Malaysia dan dimiliki seratus peratus (100%) oleh umat Islam.
5.3 - Ahli Bersekutu adalah :
5.3.1 - Umat Islam.yang menjalankan perniagaan yang dilesenkan di bawah mana-mana Akta Parlimen di Malaysia.
5.3.2 - Perbadanan yang di bawah Akta Parlimen atau Enakmen Dewan Undangan Negeri.
5.3.3 - Syarikat yang diperbadankan mengikut Fasal 5.3.2 yang diiktiraf sebagai syarikat umat Islam oleh Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Keahlian syarikat tersebut tertakluk kepada kajian dari masa ke semasa bagi menentukan ekuiti saham umat Islam kekal pada sekurang-kurangnya lima puluh satu peratus (51%).
5.4 - Ahli Bergabung adalah :
5.4.1 - Mana-mana persatuan, badan atau pertubuhan perniagaan yang ahlinya seratus peratus(100%)umat Islam di peringkat Kebangsaan yang suka bekerjasama dengan Dewan.
5.4.2 - Mana-mana persatuan, badan atau pertubuhan perniagaan yang ahlinya seratus peratus (100%) umat islam diperingkat Negeri yang suka bekerjasama dengan DPIM Negeri.
5.5 - Ahli Kehormat adalah :
5.5.1 - Mana-mana orang perseorangan yang difikirkan dan dianggap munasabah dan layak menjadi Ahli Kehormat Dewan oleh Majlis Tertinggi Dewan.
5.5.2 - Mana-mana orang perseorangan yang difikirkan dan dianggap munasabah dan layak menjadi Ahli Kehormat oleh Jawatankuasa DPIM Negeri.
5.6 - Ahli Seumur Hidup adalah :
5.6.1 - Mana-mana ahli yang tertakluk dalam fasal 5.2 yang membayar yuran pada jumlah yang ditentukan oleh Dewan.
FASAL 6 : PERMOHONAN MENJADI AHLI
6.1 - Permohonan menjadi Ahli Biasa, Ahli Bersekutu, Ahli Bergabung dan Ahli Seumur Hidup hendaklah mengisi borang permohonan keahlian yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi Dewan. Seseorang individu atau sesuatu perniagaan hanya boleh menjadi ahli sebuah negeri sahaja dan di bawah satu fasal sahaja samada atas nama individu atau syarikat perniagaan.
6.2 - Keputusan permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa DPIM Negeri dalam mesyuarat yang boleh menerima atau menolak sesuatu permohonan tanpa menyalakan sebab-sebabnya.