Sejak penubuhannya, Biro Korporat DPIM telah menjalankan beberapa aktiviti. Di antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Biro Korporat DPIM adalah :
1) Pembentangan kertas kerja oleh Pengerusi Biro Korporat DPIM
Di dalam usaha untuk mengubah minda serta merealisasikan Gagasan Biro Korporat, Biro Korporat DPIM khususnya Pengerusi Biro Korporat DPIM telah dijemput untuk membentangkan kertas kerja Jihad Bisnes. Jemputan diterima daripada Agensi-agensi Kerajaan, Badan-badan Korporat, Swasta, Institusi-institusi Pengajian Tinggi dan NGO-NGO. Pembentangan kertas kerja turut mendapat maklumbalas yang baik dari para peserta.
2) Penganjuran /Penyertaan Seminar Dan Konvensyen
Biro Korporat dengan kerjasama DPIM Negeri, Agensi-agensi Kerajaan dan Badan-badan Korporat telah menganjurkan dan menyertai seminar dan konvensyen. Di antaranya adalah penganjuran beberapa Siri Seminar “Halal Food Standard Realisation (MS 1500;2004)”, Seminar Wacana Korporat, Program Bicara Tokoh – Jihad Bisnes dan Seminar Rahsia Kejayaan Bisnes Sesebuah Organisasi Dan Seseorang Usahawan.
3) Penganjuran Sesi Jaringan Bisnes dan Klinik Usahawan
Bagi meningkatkan jaringan bisnes di kalangan ahli-ahlinya dan para usahawan, Biro Korporat DPIM telah menganjurkan dan menyertai sesi Jaringan Bisnes dan Klinik Usahawan. Melalui sesi dan klinik ini, para peserta khususnya para usahawan berpeluang berinteraksi dengan wakil-wakil yang dijemput dari o rganisasi korporat dan agensi-agensi Kerajaan. Sesi ini juga menyediakan platform bagi membolehkan para usahawan Bumiputera/Muslim mendapatkan maklumat mengenai insentif-insentif yang disediakan yang boleh dimanfaatkan di samping memperluaskan peluang untuk usahawan membentuk dan membina rangkaian perniagaan menerusi Jaringan Bisnes sesama usahawan dan juga bersama pegawai-pegawai di agensi-agensi Kerajaan.
4) Penajaan /Penerbitan Program Televisyen
Biro Korporat dengan kerjasama DPIM Pusat dan Johor Corporation turut menerbitkan rancangan perbincangan yang meliputi topik-topik dan isu-isu ekonomi, bisnes dan pembangunan ummah iaitu “At-Tijarah” dan program “Tijarah Ramadan” yang memaparkan perlaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat, organisasi korporat dan institusi kepada golongan-golongan yang memerlukan di RTM 1. Program-program ini telahpun memasuki Musim Ke-3.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, boleh menghubungi Sekretariat Biro Korporat di alamat dan talian sebagaimana berikut :
SEKRETARIAT BIRO KORPORAT DPIM
No 13 dan 14, Aras 2, Blok A (Utara)
Pusat Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur
Tel : 03-2094 2040, Faks : 03-2093 4692
atau;
Tingkat 13, Menara Johor Corporation
KOTARAYA,
80000 Johor Bahru
Tel : 07-219 2633, Faks : 07-223 3175
Website : www.dpimcorporatebureau.com.my