KATA - KATA ALUAN PRESIDEN
DEWAN PERDAGANGAN ISLAM MALAYSIA
Assalamu'alaikum warramatullahi wabarkatuh................
Saya mengucap syukur kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana Dewan Perdagangan Islam Malaysia telahpun melangkau lebih lima belas tahun usia penubuhannya. Kali ini, sekali lagi kita berhimpun untuk bersidang dalam Mesyuarat Agung Tahunan kali yang ke 16.
Sejak ditubuhkan sehingga kini, DPIM telah banyak melalui fasa-fasa perubahan. Sekarang kita dapat lihat setiap negeri di Malaysia telah mempunyai cawangan DPIM masing-masing. Ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada semua usahawan Islam untuk sama-sama membuat jaringan bisnes antara satu sama lain, yang kita pasti mempunyai kekuatan masing-masing bergantung kepada produk negeri yang juga dipengarahui oleh keadaan mukabumi dan hasil semulajadi mereka.
Penghargaan saya kepada tokoh-tokoh DPIM yang terdahulu dan kini yang telah menyumbangkan idea, masa, kewangan dan sebagainya dalam memastikan program-program DPIM berjalan dengan lancar. Banyak yang boleh kita boleh pelajari daripada mereka.
Bila berbicara berkenaan dengan 'Halal', DPIM lebih menekankan 'way of life' bukan setakat halal dalam barangan yang berkaitan dengan pemakanan sahaja. Cara kehidupan yang mencakupi perbuatan, gaya hidup, pekerjaan, khasnya dalam etika perniagaan, perlulah mengikut landasan yang betul. Dengan cara ini sahajalah usahawan Islam akan mempunyai integriti yang hebat dan disegani oleh usahawan-usahawan bukan Islam yang diketahui sedang berebut-berebut mengambil peluang yang disediakan untuk usahawan-usahawan Islam.
Saya menyeru kepada semua para perwakilan DPIM untuk merapatkan saf dan mengeratkan silaturrahim kekeluargaan kita, agar kita terus kental dan teguh untuk melangkah lebih jauh ke hadapan atas nama Islam, agama kita yang tercinta.
Wabillah hitaufik Walhidayah Wassalammualaikum Warah Matullahiwabarokatuh
TENGKU TAN SRI DATO' SERI AHMAD RITHAUDDEEN TENGKU ISMAIL
