Kerajaan perlu jadi pemangkin
KUALA LUMPUR 22 Mac - Agensi-agensi kerajaan perlu menjadi pemangkin dalam membantu usahawan-usahawan dan tidak bersifat sebagai penghalang kepada mereka untuk terus berkembang dan bertahan dalam dunia perniagaan, kata Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).
Presidennya, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, antara projek yang berpotensi besar kepada anggota DPIM ialah projek pengilangan minuman untuk pasaran global dan projek agrotani iaitu pembekalan susu lembu.
"Halangan-halangan yang dikenalpasti adalah pemberian pinjaman kepada projek pengilangan dan pembekalan minuman ini sungguhpun terdapat potensi untuk mendapatkan keuntungan yang lebih besar gara-gara daripada pinjaman digantung tanpa usul periksa," kata beliau dalam kenyataannya di sini.
Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, syarikat yang mendapat tempahan dari luar negara ini terpaksa menangguhkan pengeksportan barangan tersebut kerana permohonan kepada agensi-agensi yang berkaitan telah ditolak.
Sumber daripada Utusan Malaysia
