Kunjungan Delegasi Ekonomi Dari Republik Of

KYGYSZTAN

Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) telah menerima kunjungan delegasi ekonomi dari Republik of Kygysztan pada 17hb Mac 2009 jam 11:30pagi bertempat di Ibupejabat Dewan Perdagangan Islam Malaysia, Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur.

Sebelum ini DPIM telah menerima lawatan Delegasi daripada Republik Yemen dan Bangsamoro, Philipina. DPIM menjadi pilihan negara-negara Islam sebagai rujukan untuk mereka membuat hubungan bisnes dua hala.

Kestablilan ekonomi, budaya yang pelbagai, keharmonian negara dan barangan Halal yang diiktiraf menjadi pilihan delegasi ini memilih negara kita untuk melakukan perdagangan. Selain dari itu, tujuan lawatan mereka adalah untuk mempelajari pembangunan ekonomi di Malaysia dan dengan tidak secara langsung menjalinkan hubungan dagang dengan usahawan Malaysia amnya dan usahawan Islam khasnya.

Dalam ucapannya YM Tengku Tan Sri Dato Seri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, Presiden DPIM mengalu-alukan kedatangan mereka ke DPIM dan berbesar hati menerima ahli-ahli bisnes mereka untuk berurusan dengan usahawan-usahawan DPIM. Majlis juga dihadiri oleh Naib-naib Presiden serta ahli-ahli Majlis Tertinggi DPIM. Hadirin telah di persembahkan dengan tayangan slide ‘Introduction to Malaysian Islamic Chamber of Commerce' oleh YBhg Tn. Hj. Razali Bin Dato' Hj. Rahmat, Setiausaha Agung DPIM, diikuti dengan tayangan video pengenalan ekonomi Republik Kygysztan oleh Mr. Maksutov Nurbek, Ketua Pelaburan, Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Pembangunan Republik Kyrgysztan.

Delegasi Republik Kygysztan amat memerlukan sokongan daripada DPIM untuk membuat pelaburan di negara mereka. Mereka memilih DPIM untuk berurusan kerana kesesuaian dan keperluan terhadap barangan Halal kerana populasi negara mereka majoritinya adalah penduduk Islam.

Majlis diikuti dengan acara bertukar-tukar cenderahati, bergambar, jamuan makan tengahari khas oleh Presiden DPIM serta sidang media.

 

 

 

 
Copyright 2007 - 2008 © Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) - webmaster@dpim.com.my All rights reserved.