MAKLUMAT TIJARAH RAMADAN

 

Johor Corporation dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) pada tahun ini sekali lagi meneruskan penerbitan program televisyen “Tijarah Ramadan” bagi musim yang ke 4. Sebanyak 30 episod Tijarah Ramadan yang disiarkan di RTM 1 sepanjang bulan Ramadan dari jam 6.00 petang hingga 6.30 petang bermula 1 September 2008 hingga 30 September 2008.

Majlis Pelancaran Program Tijarah Ramadan Musim ke 4 / 2008 telah diadakan pada hari Khamis, 21 Ogos 2008, jam 2.00 petang bertempat di Dewan Tun Hussein Onn A, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Majlis Pelancaran disempurnakan oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Program Tijarah Ramadan memaparkan aktiviti-aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat yang dijalankan oleh badan-badan korporat, agensi-agensi kerajaan dan separa kerajaan serta badan-badan NGO bagi membantu golongan kurang upaya dan kurang berkemampuan dalam usaha membantu meringankan beban mereka khususnya dalam persediaan menghadapi ketibaan Hari Raya Aidil Fitri. Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk kewangan, barangan dan juga dalam bentuk pembiayaan kesihatan, pelajaran dan sebagainya.

Bersempena dengan program ini telah ditubuhkan `Tabung Tijarah Ramadhan' bagi menggalakkan orang ramai bersama-sama menderma melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS), tunai dan cek. Melalui tabung khas ini diharapkan golongan lain yang tidak termasuk di dalam program ini, akan dapat dibantu jua.

Dengan penerbitan Tijarah Ramadan ini juga, diharapkan ianya akan dapat mengenengah dan menggalakkan pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat oleh syarikat atau organisasi bisnes kepada golongan yang benar-benar memerlukan, selaras dengan hasrat pembinaan negara Islam Hadhari sepertimana yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri.

Syarikat-syarikat yang menyertai program Tijarah Ramadan adalah sepertimana jadual siaran yang disertakan.

TARIKH

SYARIKAT

TETAMU

1 Sept /
1 Ramadan

Kump Waqaf An-Nur Bhd

YBhg Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim
(Pengerusi Kumpulan Waqaf An-Nur Berhad)

2 Sept /
2 Ramadan

Majlis Agama Islam Johor

Tn Hj Ahmad Faisal Mohamed
(Ketua Pen.Pengarah Zakat, Baitulmal & Waqaf, MAIJ)

3 Sept /
3 Ramadan

Johor Land Berhad

En Mohd Razif Abd Rahim
(Pengurus Besar, Johor Land Berhad)

4 Sept /
4 Ramadan

Natural Oleo Chemicals Sdn Bhd

Tn Hj Abdul Rahman Sulaiman
(Ketua Pegawai Operasi, Natural Oleo Chemicals Sdn Bhd)

5 Sept /
5 Ramadan

Jusco AEON Co (M) Bhd

YBhg Dato' Abdullah Mohd Yusof
(Pengerusi Jusco (AEON) Co (M) Bhd)

6 Sept /
6 Ramadan

Kulim ( M ) Bhd

Tn Hj Ahamad Mohamad
(Pengarah Urusan, Kulim (M) Bhd)

7 Sept /
7 Ramadan

KPJ Healthcare Berhad

YB Datin Paduka Siti Sa'diah Sheikh Bakir
(Pengarah Urusan, KPJ Healthcare Bhd)

8 Sept /
8 Ramadan

KFC Holdings (M) Bhd

Tn Hj Jamaludin Md Ali
(Pengarah Urusan, KFC Holdings (M) Bhd)

9 Sept /
9 Ramadan

JCorp Intrapreneur ( M) Bhd

En Halmi Jasmin
(Pengerusi, JCorp Intrapreneur (M) Bhd)

10 Sept /
10 Ramadan

Natural Oleo Chemicals Sdn Bhd

Tn Hj Abdul Rahman Sulaiman
(Ketua Pegawai Operasi, Natural Oleo Chemicals Sdn Bhd)

11 Sept /
11 Ramadan

Lembaga Pelabuhan Johor

  En Damon Nori Bin Masood
(Pen. Pengurus Besar, Lembaga Pelabuhan Johor)

12 Sept /
12 Ramadan

Dana Bakti Pasir Gudang

YBhg Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim
(Pengerusi, Badan Pemegang Amanah Dana Ba kti)

13 Sept /
13 Ramadan

Johor Land Berhad

Cik Hjh Mariana Sidi
(Pengurus Besar Kanan, Johor Land Berhad)

14 Sept /
14 Ramadan

KPJ Healthcare Berhad

 Tn Hj Yusof Ismail
(Pengurus Besar Sumber Manusia, KPJ Healthcare Bhd)
 

15 Sept /
15 Ramadan

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

 Tn Hj Othman Mustapha
(Ketua Pegawai Operasi , MAIWP)

16 Sept /
16 Ramadan

Lembaga Zakat Selangor

Yg Amat Dihormati Dato' Setia Hj Mohamad Adzib Mohd Isa
(Pengerusi, Majlis Agama Islam Selangor)
 

17 Sept /
17 Ramadan

Tenaga Nasional Berhad

 YBhg Dato' Nik Ibrahim Mohamed
(Naib Presiden Pengurursan Pelaburan, TNB)
 

18 Sept /
18 Ramadan

Majlis Agama Islam Johor

Tn Hj Ahmad Faisal Mohamed
(Ketua Pen. Pengarah Zakat, Baitulmal dan Waqaf,MAIJ)
 

19 Sept /
19 Ramadan

Sindora Berhad

Tn Hj Rozan Mohd Saat
(Pengarah Urusan, Sindora Berhad)
 

20 Sept /
20 Ramadan

Yayasan Johor Corporation

YBhg Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim
(Pengerusi, Yayasan Johor Corporation)
 

21 Sept /
21 Ramadan

Lembaga Zakat Selangor

Yg Amat Dihormati Dato' Setia Hj Mohamad Adzib Mohd Isa
(Pengerusi, Majlis Agama Islam Selangor)
 

22 Sept /
22 Ramadan

Kulim ( M ) Berhad

Tn Hj Ahamad Mohamad
(
Pengarah Urusan, Kulim (M) Berhad)
 

23 Sept /
23 Ramadan

KPJ Healthcare Berhad

 Tn Hj Abdul Wahab Baba
(Pengarah Eksekutif, Kuching Specialist Hospital)

24 Sept /
24 Ramadan

Bulatan Mekar Sdn Bhd

Tn Hj Mohammad Sahar Mat Din
(Pengarah Urusan, Bulatan Mekar Sdn Bhd)

25 Sept /
25 Ramadan

Sindora Berhad

Tn Hj Rozan Mohd Saat
(Pengarah Urusan, Sindora Bhd)

26 Sept /
26 Ramadan

KFC Holdings (M) Berhad

Tn Hj Jamaludin Md Ali
(Pengarah Urusan,KFC Holdings (M) Berhad)
 

27 Sept /
27 Ramadan

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

 YB Dato' Che Mat Che Ali
(Setiausaha, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan)

28 Sept /
28 Ramadan

Tenaga Nasional Berhad

 YBhg Dato' Nik Ibrahim Mohamed
(Naib Presiden, Pengurusan Pelaburan, TNB)

29 Sept /
29 Ramadan

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

 YBhg Dr. Muhammad Yamin Ismail
(Pengurus Bhg Baitulmal, MAIWP)

30 Sept /
30 Ramadan

Kump Waqaf An Nur Bhd

YBhg Tan Sri Dato'Muhammad Ali Hashim
(Pengerusi, Kumpulan Waqaf An-Nur Berhad)

 

 

 
Copyright 2007 - 2008 © Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) - webmaster@dpim.com.my All rights reserved.