HEBAHAN TERKINI

MAKLUMAN


Borneo International Trade Fair 2009!

We would like to invite you to be part the 2 nd Borneo International Trade Fair 2009 (BITF2009) to be held as follows.

DATE : 13 – 16 November 2009
(4 days)

VENUE : Kota Kinabalu Sport Complex, Kota Kinabalu Sabah

Time : 9:00 am – 9: 00pm


Untuk Maklumat Lanjut Tentang Program ini : Sila Klik.......



MAKLUMAN


MITI Weekly Bulliten
47th Issue, Dated 03 June 2009

Untuk Maklumat Lanjut Tentang
Sila Klik.......



MAKLUMAN


BERITA NIAGA BUMIPUTERA
BiL : 6/2009 Keluaran JULAI 2009

Untuk Maklumat Lanjut Tentang Berita Niaga Bumiputra:
Sila Klik.......





 




DIARI DPIM

MAKLUMAN


Tijarah Ramadan kembali lagi.
Saksikan episod Tijarah Ramadan Musim Ke-5

Di Sepanjang Bulan Ramadan Jam 06.10 petang di TV1

MAKLUMAN


Artikel, Topik Forum dan Segmen terbaru di dalam Blog YBhg Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim

( www.businessjihad.com )



 
 







 

__________RUANG IKLAN_________




















TIJARAH RAMADAN MUSIM KE-5 :

DI SEPANJANG BULAN RAMADAN
JAM 06.10 PETANG DI RTM - TV1


EPISOD 27 : 17 September 2009
EPISOD 26 : 16 September 2009
EPISOD 25 : 15 September 2009
EPISOD 24 : 14 September 2009
EPISOD 23 : 13 September 2009
EPISOD 22 : 12 September 2009
EPISOD 21 : 11 September 2009
EPISOD 20 : 10 September 2009
EPISOD 19 : 09 September 2009
EPISOD 18 : 08 September 2009
EPISOD 17 : 07 September 2009
EPISOD 16 : 06 September 2009
EPISOD 15 : 05 September 2009
EPISOD 14 : 04 September 2009
EPISOD 13 : 03 September 2009
EPISOD 12 : 02 September 2009
EPISOD 11 : 01 September 2009
EPISOD 10 : 31 Ogos 2009
EPISOD 09 : 30 Ogos 2009
EPISOD 08 : 29 Ogos 2009
EPISOD 07 : 28 Ogos 2009
EPISOD 06 : 27 Ogos 2009
EPISOD 05 : 26 Ogos 2009
EPISOD 04 : 25 Ogos 2009
EPISOD 03 : 24 Ogos 2009
EPISOD 02 : 23 Ogos 2009
EPISOD 01 : 22 Ogos 2009

Sila Klik EPISOD untuk mengetahui SINOPSIS









PENGENALAN BINA WADAH

Program Bina Wadah di rangka khas bagi memperkasakan DPIM dan seterusnya menjadikan sebagai wadah pilihan para peniaga dan usahawan Muslim. Bina Wadah juga telah merangka "8 Teras Strategik" sebagai Pelan Strategik DPIM untuk masa hadapan. Program ini melibatkan seluruh pimpinan DPIM di peringkat pusat, negeri, dan biro-biro DPIM.

 

MATLAMAT BINA WADAH 1

  1. Pengukuhan visi dan misi DPIM.
  2. Menyediakan kepimpinan tertinggi DPIM dalam menghadapi segala bentuk halangan dan cabaran yang sedia ada dan bakal lalui .
  3. Menentukan rangka kasar garis-garis besar haluan perjuangan kepada kepimpinan DPIM disemua peringkat.
  4. Menyepakati nilai bersama DPIM.
  5. Positioning DPIM dalam situasi dan kondisi kini.

Mesyuarat Agung DPIM ke-16

 

Teks Titah Ucapan DYMM RAJA PERLIS

BISMILLHIROHMANIROHIM ..

Beta, dengan rasa syukur ke hadrat Illahi mengucapkan terima kasih di atas undangan Ke Majlis Santapan Bersempena Ulangtahun Dewan Perdagangan Islam Malaysia Yang Ke 15 dan Perasmian Mesyuarat Agong Kali ke 16 ini. Hanya kepada Allah sajalah kita menyerah dan bertawwakkal. Kita hanya beriktiar sebaik mungkin dengan segala perancangannya dan Allahlah yang maha menentukan. Maka beta mengharapkan impian DPIM untuk memperjuangkan bisnes sebagai satu cabang jihad ini dapat direalisasikan demi kepentingan umat seluruhnya. (.... Maklumat Lanjut)

 

Kenyataan Akhbar daripada DPIM

Dewan Perdagangan Islam Malaysia akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Yang Ke 16 pada 8hb Ogos 2009 bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Perdagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Majlis akan bermula pada jam 10:00 pagi.

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan DPIM Kali Yang ke 16 telah disempurnakan oleh DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Tuanku Raja Perlis dalam satu Majlis Santapan DiRaja pada 7hb Ogos 2009 di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, Kuala Lumpur. (.... Maklumat Lanjut)

 

Ucapan Presiden DPIM

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM
Segala pujian bagi Allah Subhanahu Wata'ala, selawat serta salam ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, kaum keluarga dan sahabat-sahabat Baginda.

Saudara-saudari para hadirin sekalian,
Sekali lagi kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.A.W kerana dengan limpah rahmatnya kita dapat bersidang di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC yang indah dan permai ini. atas nama kepimpinan DPIM, kita juga ingin mengalu-alukan kehadiran para pemerhati dan mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran anda sekalian
.
(.... Maklumat Lanjut)

 

Kata-Kata Aluan Presiden DPIM

Assalamu'alaikum warramatullahi wabarkatuh................
Saya mengucap syukur kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana Dewan Perdagangan Islam Malaysia telahpun melangkau lebih lima belas tahun usia penubuhannya. Kali ini, sekali lagi kita berhimpun untuk bersidang dalam Mesyuarat Agung Tahunan kali yang ke 16.

Sejak ditubuhkan sehingga kini, DPIM telah banyak melalui fasa-fasa perubahan. Sekarang kita dapat lihat setiap negeri di Malaysia telah mempunyai cawangan DPIM masing-masing. Ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada semua usahawan Islam untuk sama-sama membuat jaringan bisnes antara satu sama lain, yang kita pasti mempunyai kekuatan masing-masing bergantung kepada produk negeri yang juga dipengarahui oleh keadaan mukabumi dan hasil semulajadi mereka. (.... Maklumat Lanjut)


Daerah Penampang perlukan masjid

KOTA KINABALU 8 Okt. - Kerajaan negeri diminta membina sebuah masjid di daerah Penampang dekat sini bagi memberi kemudahan kepada umat Islam menunaikan ibadat.

Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Sabah, Abdul Mukti Syaubari berkata, ketiadaan masjid di daerah itu telah menyukarkan penduduk Islam di daerah ini menunaikan ibadat.

"Kemudahan masjid amatlah penting bagi masyarakat Islam menunaikan ibadah seharian mereka.

"Jadi penduduk Islam di daerah ini merayu supaya kerajaan mempertimbangkan membina sebuah masjid untuk kemudahan masyarakat Islam di daerah ini," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Rumah Kebajikan Suria dekat sini semalam.
(.... Maklumat Lanjut)

 

 

Tijarah Ramadan kembali lagi.

Saksikan episod Tijarah Ramadan Musim Ke-5

- SELAMAT MENONTON DAN HULURKAN SUMBANGAN SEIKHLAS HATI -

Tijarah Ramadan adalah program televisyen terbitan Johor Corporation dengan kerjasama Biro Korporat, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Program Tijarah Ramadan memberi peluang kepada syarikat-syarikat atau organisasi bisnes memaparkan aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan yang dilaksanakan. Program ini diharap dapat mengenengah dan menggalakkan pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat organisasi kepada golongan yang memerlukan. Melalui program Tijarah Ramadan juga, golongan yang susah dan kurang upaya dapat dibantu dan diringankan beban serta penderitaan yang dialami mereka, khususnya di dalam keadaan seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan Hari Raya Aidil Fitri.

DPIM: DEB perlu didefinisi semula

KUALA LUMPUR 5 Ogos (Utusan)- Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) hari ini mencadangkan supaya Dasar Ekonomi Baru (DEB) diberikan satu definisi semula yang relevan buat suasana masa kini.

Naib Presiden dan Pengerusi Biro Korporat DPIM, Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata, langkah itu juga memerlukan pemikiran semula konsep serta susunan strategi dan pembaharuan institusi yang berupaya membasmi ketidakadilan sekali gus mengatasi kelemahan di dalam pelaksanaannya.

"Konsep itu juga perlu mengambil kira dimensi global," katanya semasa menyampaikan ucaptama pada Wacana Jihad Bisnes anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di sini hari ini (.... Maklumat Lanjut)

 

Muslims Urged To Continue With Business

Jihad

KUALA LUMPUR, Aug 8 (Bernama) -- The Muslim community in the country has been urged to continue with its business jihad through the corporate Waqaf concept in order to continue to compete at the international level.

President of the Malaysia Islamic Business Council (DPIM), Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen, said the business jihad was aimed at uniting all Muslims on a single trading platform and creating a culture of competing at the global level.

The halal industry offers a major potential, he said.

"Imagine, the halal food market currently stands at RM2.3 trillion, and in the domestic scene alone, it is estimated at RM190 billion worth a year.
(.... Maklumat Lanjut)

Hipermarket Maya Malaysia Kini Dibuka

PUTRAJAYA 6 Jul - RightShoppe (Putrajaya) Berhad telah memulakan perniagaan Hipermarket Maya Malaysia melalui alamat www.rightshoppe.com.my . Pelbagai barangan boleh diperolehi daripada Hipermarket Maya ini dan dikhaskan kepada penduduk-penduduk di Putrajaya sahaja bagi penghantaran terus ke muka pintu.

Walau bagaimanapun sehingga kini, Hipermarket Maya ini telah mampu menjadi landasan kepada usahawan-usahawan Bumiputera di luar negara seperti Ireland, UK, Bangladesh dan USA. Selain itu, Hipermarket Maya ini juga menjadi rujukan untuk mendapatkan produk-produk Halal dari Malaysia bagi pelajar-pelajar Malaysia yang berada di luar negara seperti Timur Tengah dan Eropah.

Buat masa ini Hipermarket Maya hanya memberikan perkhidmatan pintu ke pintu kepada kakitangan dan penduduk di Putrajaya sahaja dan akan dikembangkan ke Pulau Pinang (Pulau) sedikit masa lagi yang akan diuruskan oleh The RIGHTS (Penang) Berhad.
(.... Maklumat Lanjut)

BUSINESS JIHAD JOURNEY # 2 :

With KFC to Shanghai and Prague" (PART 1)

Pada kali ini, YBhg Tan Sri telah menulis mengenai pengalaman perjalanan beliau bersama pengurusan atasan Kulim (Malaysia) Berhad dan KFC Holdings (Malaysia) Berhad ke Shanghai, China untuk menghadiri perjumpaan tahunan Franchisee KFC dan Pizza Hut dari seluruh Asia. Dalam majlis tersebut, beliau mewakili KFC Holdings (Malaysia) Berhad untuk menerima "Tiger Award 2008" yang telah disampaikan oleh Mr Art Rautio, CEO Yum International (Asia). Satu bukti kejayaan 'Jihad Bisnes' yang perlu dibanggakan dan perlu diketahui oleh semua. (Baca selanjutnya...)



"WAQAFKAN GLC SEPERTI PETRONAS!"


Campur tangan politik yang melampau dalam GLC-GLC negara selama ini hanya telah mengakibatkan banyak syarikat yang gulung tikar dan tenat. Petronas, GLC Malaysia yang selama ini telah berjaya mencipta nama yang cukup hebat di persada antarabangsa dan menjadi kebanggaan negara kini berdepan dengan isu yang serupa. Ikuti pandangan YBhg Tan Sri dan sumbangkan pendapat anda mengenai isu ini. (Baca selanjutnya...)


"Business Jihad Targets 65%, Not 30%!"


(Juga Terdapat dalam Versi Bahasa Melayu)

Topik ini masih lagi dibuka untuk dibincangkan. Ia diutarakan sebagai maklumbalas kepada keratan akhbar dalam Utusan Malaysia bertarikh 8 Jun 2009 yang bertajuk "Pemuda PAS tetap pertahan ekuiti 30%". Ketahui jawapan YBhg Tan Sri terhadap komen seorang pelawat yang menentang dan memandang negatif sasaran 65% penguasaan ekuiti oleh kaum Melayu dan Bumiputra. (Baca selanjutnya...)



BUSINESS JIHAD JOURNEY # 1 - TURKEY -

What History Can Teach Us

Ketahui pengalaman YBhg Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim ketika melawat Turki pada 17 hingga 24 Disember 2008 bersama Pengurusan Atasan Johor Corporation dan kaitannya dengan Jihad Bisnes yang diperjuangkan oleh Johor Corporation. Salah satu pengisian program lawatan tersebut ialah undangan bagi YBhg Tan Sri menyampaikan ceramah berkaitan Jihad Bisnes di Universiti Fatih, Istanbul. Turut dimuatkan adalah gambar-gambar tempat yang telah dilawati di dalam bahagian 'GALLERY' . (Baca selanjutnya...)



"BUSINESS JIHAD - Exclusive Only to


Muslims?"

Perkataan 'Jihad' seringkali dikaitkan dengan seruan kepada terrorisme dan dilabel sabagai perjuangan ekstrem. Ia telah mengundang pelbagai kekeliruan terutamanya di kalangan bukan Muslim. Adakah benar tanggapan bahawa 'Jihad Bisnes' ekslusif bagi Muslim semata-mata? Ikuti jawapan YBhg Tan Sri kepada Dinesh, seorang pelajar UniKL berbangsa India dalam salah satu ceramah beliau di Universiti tersebut baru-baru ini. (Baca selanjutnya...)

Wakafkan syarikat milik kerajaan

TULISAN Kamarulzaman Ismail di bawah tajuk Elak Petronas Diresapi Politik yang tersiar di ruangan ini 24 Jun, 2009, sangat menarik perhatian saya. Saya menyokong penuh saranan Kamarulzaman supaya Petronas dielakkan daripada ‘diresapi politik'.

Seperti kata beliau: “Hakikatnya, sudah terlalu banyak syarikat berkaitan kerajaan yang tenat atau hampir gulung tikar kerana campur tangan politik yang melampau.”

Sebenarnya, kita dapat juga saksikan banyak GLC (syarikat milik kerajaan) yang dahulunya telah diswastakan atas campur tangan politik, akhirnya terlepas langsung hak miliknya.
(.... Maklumat Lanjut)

 

JCorp cemerlang urus tujuh masjid

JOHOR BAHRU 29 Mac - Johor Corporation (JCorp) akan menguruskan sebuah lagi masjid di sini selepas berjaya mengurus tujuh buah masjid dengan cemerlang sebagai menunaikan tanggungjawab sosial syarikat tersebut kepada umat Islam di negeri ini.

Antara masjid berkenaan ialah Masjid An-Nur Larkin Sentral, Masjid An-Nur Kotaraya, Masjid An-Nur Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Masjid Jamek Pasir Gudang, Masjid Jamek Taman Cendana Pasir Gudang, Masjid Jamek Ladang Ulu Tiram dan Masjid Pulau Sibu.

Ketua Eksekutif Kumpulan JCorp, Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata, selain itu sebuah lagi masjid akan dibina di bangunan KOMTAR di sini setelah ia siap dibangunkan semula bagi kemudahan masyarakat Islam.
(.... Maklumat Lanjut)

 

Kerajaan perlu jadi pemangkin

KUALA LUMPUR 22 Mac - Agensi-agensi kerajaan perlu menjadi pemangkin dalam membantu usahawan-usahawan dan tidak bersifat sebagai penghalang kepada mereka untuk terus berkembang dan bertahan dalam dunia perniagaan, kata Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).

Presidennya, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, antara projek yang berpotensi besar kepada anggota DPIM ialah projek pengilangan minuman untuk pasaran global dan projek agrotani iaitu pembekalan susu lembu.

"Halangan-halangan yang dikenalpasti adalah pemberian pinjaman kepada projek pengilangan dan pembekalan minuman ini sungguhpun terdapat potensi untuk mendapatkan keuntungan yang lebih besar gara-gara daripada pinjaman digantung tanpa usul periksa," kata beliau dalam kenyataannya di sini.

Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, syarikat yang mendapat tempahan dari luar negara ini terpaksa menangguhkan pengeksportan barangan tersebut kerana permohonan kepada agensi-agensi yang berkaitan telah ditolak.
(.... Maklumat Lanjut)


Peluang teroka makanan halal

KUALA LUMPUR 18 Mac - Pelabur negara ini diminta meneroka industri pemakanan halal di Republik Kyrgyz yang dilihat berpotensi untuk dibangunkan pada masa akan datang.

Pengerusi Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, dengan 67 peratus penduduk negara itu beragama Islam, pelaburan tersebut amat menguntungkan.

Beliau berkata, kedudukan negara itu di antara China, Uzbezkistan dan Tajikistan yang juga mempunyai penduduk Islam yang cukup ramai, turut menjadi daya tarikan.

"Di sana, pelabur yang mempunyai kepakaran serta pasaran dalam industri pemakanan halal mempunyai prospek untuk mengembangkan bisnes,'' katanya.
(.... Maklumat Lanjut)

 

Kunjungan Delegasi Ekonomi Dari Republik Of

KYGYSZTAN

Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) telah menerima kunjungan delegasi ekonomi dari Republik of Kygysztan pada 17hb Mac 2009 jam 11:30pagi bertempat di Ibupejabat Dewan Perdagangan Islam Malaysia, Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur.

Sebelum ini DPIM telah menerima lawatan Delegasi daripada Republik Yemen dan Bangsamoro, Philipina. DPIM menjadi pilihan negara-negara Islam sebagai rujukan untuk mereka membuat hubungan bisnes dua hala.

Kestablilan ekonomi, budaya yang pelbagai, keharmonian negara dan barangan Halal yang diiktiraf menjadi pilihan delegasi ini memilih negara kita untuk melakukan perdagangan. Selain dari itu, tujuan lawatan mereka adalah untuk mempelajari pembangunan ekonomi di Malaysia dan dengan tidak secara langsung menjalinkan hubungan dagang dengan usahawan Malaysia amnya dan usahawan Islam khasnya.
(.... Maklumat Lanjut)

 

Government Agencies Should Act As A

Catalyst
In Assisting Entrepreneurs

KUALA LUMPUR, March 13 (Bernama) -- Government agencies must act as a catalyst in assisting entrepreneurs and not be a hindrance to their sustained development and survival in the business world, said the Islamic Chamber of Commerce Malaysia (DPIM).

Its president, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail said, among the projects with big potential for DPIM members is beverage manufacturing in 'self-heating cans' or 'hot can' for the global market and agricultural projects, that is the supply of dairy milk.

"The obstacles that have been identified are the provision of loans for manufacturing projects and beverage supply. Though having the potential for large profits, the loans are rejected without much consideration," he said in a statement here today.
(.... Maklumat Lanjut)

Kenyataan Media Daripada Presiden DPIM

Dewan Perdagangan Islam Malaysia menyokong penuh langkah-langkah yang telah dibentangkan oleh pihak kerajaan dalam usaha menjaga keutuhan pertumbuhan ekonomi Negara. Suntikan dana tersebut yang dijangka mampu memulihkan ekonomi negara yang lembap akibat kesan kemelesetan global dan pada masa sama, diharapkan dapat memastikan kesejahteraan rakyat, lebih-lebih lagi kepada usahawan-usahawan yang sedang mendapat tempias yang hebat akibat daripada gelora ekonomi global ini.

Dewan Perdagangan Islam Malaysia menyarankan agar agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam perlaksanaan strategi-strategi yang telah dibentangkan itu lebih prihatin dan ikhlas dalam menyokong usahawan-usahawan yang kini menghadapi masalah memperkembangkan perniagaan lebih-lebih lagi kepada usahawan-usahawan yang telah mengeluarkan modal yang amat besar untuk memulakan perniagaan masing-masing.
(.... Maklumat Lanjut)

Tubuh semula LPN

ALOR SETAR 7 Feb. - Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) Kedah menggesa kerajaan mewujudkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) untuk menjamin bekalan beras negara sentiasa mencukupi.

Pengerusi Jawatankuasa Forum DPIM Kedah, Abdullah Hashim berkata, dewan berkenaan mencadangkan perkara itu memandangkan beras adalah makanan utama penduduk Malaysia dan negara akan menjadi tidak stabil jika bekalan makanan terjejas.

"Cadangan untuk mewujudkan semula LPN ini akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secepat mungkin.

"Pihak kami yakin dengan penubuhan semula LPN, nasib para pesawah di seluruh negara akan terbela," katanya pada sidang akhbar penganjuran Forum Padi dan Beras Negara yang bertemakan 'Antara Senyum dan Tangis Petani' anjuran DPIM di sini hari ini.
(.... Maklumat Lanjut)

 

Forum 'Antara Senyum dan Tangis', Sabtu ini

ALOR SETAR 4 Feb. - Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) Kedah akan menganjurkan Forum Padi dan Beras Negara bertemakan 'Antara Senyum dan Tangis Petani' di Hotel StarCity di sini Sabtu ini.

Pengerusi DPIM Kedah, Dr. Abdul Jalil Ahmad memberitahu, forum tersebut bertujuan membela kepentingan petani secara keseluruhannya yang pada masa kini semakin terhimpit dengan pelbagai masalah berhubung isu bekalan beras negara.

''Di samping petani, forum ini akan membincangkan kedudukan pengilang dan pemborong bumiputera yang turut dilanda masalah sehingga banyak syarikat milik mereka 'gulung tikar'," kata beliau dalam sidang akhbar di pejabat DPIM negeri di sini hari ini. (.... Maklumat Lanjut)

 

Piawaian pengurusan berasaskan syariah

SHAH ALAM 25 Nov. - Malaysia bakal muncul sebagai negara Islam pertama memperkenalkan piawaian pengurusan organisasi berasaskan syariah apabila melancarkan Sistem Pengurusan Kualiti (MS1900:2005) pada pertengahan tahun depan.

Sistem piawaian itu diperkenalkan sebagai salah satu usaha kerajaan melalui Jabatan Piawaian Malaysia bagi meningkatkan tahap prestasi sesebuah organisasi meliputi pelbagai sektor di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Piawaian Industri Halal, Nik Mustapa Nik Hassan berkata, sistem piawaian itu dijangka mampu menangani masalah ketidakcekapan serta kelemahan pentadbiran yang dialami oleh syarikat serta organisasi terutamanya yang dimiliki oleh mereka yang beragama Islam.

Katanya, sistem itu berbeza dengan piawaian ISO 9001:2000 kerana ia dirangka berdasarkan prinsip-prinsip syariah yang menjadikan al-Quran dan hadis sebagai elemen utama piawaian pengurusan.

''Walaupun kita mengambil model piawaian ISO 9001:2000 sebagai asas kepada sistem ini, kita masukkan prinsip serta hukum syariah dalam pelaksanaan pengurusan sesebuah organisasi. (.... Maklumat Lanjut)




TIJARAH RAMADAN

Johor Corporation dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) pada tahun ini sekali lagi meneruskan penerbitan program televisyen “Tijarah Ramadan” bagi musim yang ke 4. Sebanyak 30 episod Tijarah Ramadan yang disiarkan di RTM 1 sepanjang bulan Ramadan dari jam 6.00 petang hingga 6.30 petang bermula 1 September 2008 hingga 30 September 2008.

Majlis Pelancaran Program Tijarah Ramadan Musim ke 4 / 2008 telah diadakan pada hari Khamis, 21 Ogos 2008, jam 2.00 petang bertempat di Dewan Tun Hussein Onn A, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Majlis Pelancaran disempurnakan oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Program Tijarah Ramadan memaparkan aktiviti-aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat yang dijalankan oleh badan-badan korporat, agensi-agensi kerajaan dan separa kerajaan serta badan-badan NGO bagi membantu golongan kurang upaya dan kurang berkemampuan dalam usaha membantu meringankan beban mereka khususnya dalam persediaan menghadapi ketibaan Hari Raya Aidil Fitri. Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk kewangan, barangan dan juga dalam bentuk pembiayaan kesihatan, pelajaran dan sebagainya. (.... Maklumat Lanjut dan Waktu Siaran)

 

Label Islamik belum cukup perkasa ekonomi

PUTRAJAYA 9 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, niat yang baik dan label Islamik semata-mata masih belum mencukupi untuk memperkasakan ekonomi Islam.

Beliau berkata, pemerkasaan ekonomi Islam perlu disertai dengan aspek pengisian dan kaedah pelaksanaan pintar yang mampu mengurangkan risiko kegagalan tetapi membawa kejayaan.

''Pengajaran penting yang boleh diambil dari perjalanan ekonomi Islam sebagai satu disiplin, kerjaya dan aspek kehidupan adalah kita perlu memastikan bahawa niat yang baik itu disertai dengan cara yang baik.

''Kadangkala sekadar memiliki niat yang baik tetapi dengan menggunakan cara yang gopoh, pendek akal dan bermatlamatkan sasaran jangka pendek, boleh mencemar kesucian niat yang baik dan membawa kepada kegagalan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan persidangan Pemintaran Peranan Ekonomi Umat Islam anjuran Yayasan Kajian dan Strategi Melayu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. (.... Maklumat Lanjut)

 

Jihad needed in halal food business

By ROSLINA MOHAMAD - Monday September 1, 2008

KUANTAN: More effort should be taken to increase Muslim entrepreneurs producing and marketing halal food, said Malaysian Islam Chambers of Commerce (MICC) deputy president Md Shah Amin.

He said it was a challenge faced by the Muslim business community.

“The challenge lies in increasing Muslim entrepreneurs in the halal food business.

“It should be seen as jihad in business,” he said in his speech before the official opening of a seminar on development of the halal industry by Mentri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob here recently. (.... Maklumat Lanjut)

 

TEKUN agih RM7.7j bantu usahawan

Bumiputera

KOTA KINABALU 29 Ogos - Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) mengagihkan bantuan RM7.7 juta bagi membantu usahawan kecil di Sabah mengembangkan perniagaan mereka.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, TEKUN Nasional, Datuk Abdul Rahim Hassan berkata, pihaknya menyasarkan lebih banyak bantuan dapat diagihkan kepada usahawan yang berminat.

''Dari Januari hingga Ogos ini, TEKUN memberikan pinjaman kepada usahawan RM160 juta di seluruh negara dan daripada jumlah itu, sebanyak RM7.7 juta adalah di Sabah.

''Kemudahan ini adalah untuk membantu golongan bumiputera berjaya dalam perniagaan dan membangunkan serta melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan bumiputera di Sabah," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada seminar pembangunan usahawan anjuran bersama Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) di Dewan Sinar Mustika di Kota Kinabalu di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Sabah, Mukti Syaubari. (.... Maklumat Lanjut)

 

Kesan minda gajah sarkas

Orang Melayu dalam perniagaan sering dianggap mempunyai sikap ingin cepat untung, mudah putus asa dan mahu segala-galanya dibantu untuk berjaya. Sikap seumpama itu jika dibiarkan berterusan, ia akhirnya akan menyebabkan orang Melayu tidak akan ke mana. Sebaliknya mereka akan terus ketinggalan dalam bidang ekonomi.

Namun begitu dalam mengejar kejayaan, orang Melayu tidak harus melupakan lunas-lunas Islam. Mereka harus melaksanakan perniagaan demi mendapat keberkatan di dunia dan akhirat.

d

Justeru dalam usaha menyedarkan orang Melayu berhubung perkara ini, Ketua Eksekutif Kumpulan Johor Corporation (JCorp) yang juga Naib Presiden Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim mewujudkan gagasan yang dipanggil Jihad ekonomi. (..... Maklumat Lanjut)

 

DPIM mahu kerajaan bertindak ke atas CTOS

PULAU PINANG 3 Julai – Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) mendesak kerajaan supaya tidak sekadar memberi amaran terhadap Credit Tip-Off Service Sdn. Bhd. (CTOS) sebaliknya segera bertindak terhadap syarikat berkenaan.

Naib Presidennya, Datuk Seri Mohd. Yusoff Latiff berkata, tindakan itu perlu kerana sudah ramai usahawan bumiputera teraniaya dan terjejas dengan tindakan CTOS.
(.....Maklumat Lanjut)

 



Terima... Mashitah menerima cenderamata daripada Ahmad Rithauddeen selepas merasmikan Mesyuarat Agung DPIM semalam

Alpa rugikan umat

kegagalan menceburi industri halal beri peluang ia dimonopoli bukan Islam

KUALA LUMPUR: Kealpaan umat Islam terhadap potensi dalam industri halal bukan hanya merugikan mereka, malah memungkinkan peluang itu dimonopoli bukan Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata kesedaran betapa pentingnya produk halal dikalangan bukan Islam semakin meningkat, sekali gus membuka pasaran lebih meluas, termasuk kepada dua bilion umat Islam di seluruh dunia.

Katanya, hari ini syarikat luar negara dari Thailand, Filipina mula mengiktiraf negara dengan menggunakan logo halal antarabangsa Malaysia yang dikeluarkan Halal Industry Development Corp Sdn Bhd (HDC).(.....Maklumat Lanjut)


4 negara Asia minat dapatkan sijil halal

KUALA LUMPUR 28 Jun – Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina berminat untuk mendapatkan sijil dan logo halal yang dikeluarkan oleh Perbadanan Kemajuan Industri Halal (HDC) bagi pasaran produk mereka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, permintaan tersebut membuktikan keyakinan negara berkenaan terhadap sijil halal yang dikeluarkan negara ini.

Menurutnya, ia sekali gus mempercepatkan lagi pembangunan industri halal selain meningkatkan kedudukan negara sebagai pusat halal global.

‘‘Minat negara berkenaan merupakan satu perkembangan yang baik dalam usaha menjadikan negara kita sebagai hab halal dunia pada 2010 satu realiti,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) Ke-15 di sini hari ini.

Dalam hubungan ini katanya, pengusaha produk halal perlu bergabung dan bergerak di bawah sebuah persatuan atau koperasi agar sektor itu dapat dikembangkan.

‘‘Gabungan ini juga akan memberi keuntungan yang lebih baik kepada para pengusaha kerana ia melibatkan skala yang lebih besar,'' jelasnya.


Usahawan Islam disaran tingkat penyertaan

produk halal

JOHOR BAHRU 17 Jun - Usahawan Islam di negeri ini disaran meningkatkan penyertaan dalam perniagaan produk halal memandangkan prospek yang luas perniagaan tersebut di pering-kat global.

Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, peluang berkenaan perlu dimanfaatkan sepenuhnya dengan Malaysia berkemampuan menjadi hab pengeluaran dan pengedaran produk makanan halal terkemuka dunia. (.....Maklumat Lanjut)

 

Ko-Nelayan, DPIM meterai perjanjian

KOTA KINABALU 20 Feb. - Memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara Ko-Nelayan Sabah dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dijangka mampu meningkatkan semula produk pengeluaran makanan laut bagi menampung kekurangan bekalan di pasaran.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Abdul Rahim Ismail berkata, kerjasama itu sejajar dengan matlamat kerajaan yang berusaha meningkatkan pengeluaran domestik untuk mengurangkan kebergantungan terhadap makanan import. (.....Maklumat Lanjut)

 

   
 
Copyright 2007 - 2008 © Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) - webmaster@dpim.com.my All rights reserved.
website design services
Bil. Pengunjung Terkini